Peluang Jana Pendapatan dengan Kerja Secara Online

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Hari ni saya nak kongsikan tentang bagaimana cara untuk jana pendapatan dengan bekerja secara online. Pertama sekali saya ingin syorkan kepada anda website yang menawarkan pelbagai jenis kerja online yang boleh kita lakukan. Anda boleh klik saja website http://www.upwork.com .  Ini adalah website yang terkenal kerana terdapat bermacam-macam jenis kerja online yang boleh kita lakukan. Contohnya kerja yang boleh kita buat dekat sini ialah : data entry, translation, proofreading, typing, dan banyak lagi yang bersesuaian dengan kepakaran masing-masing.
Sebab utama saya syorkan anda mencuba nasib dekat upwork ni adalah kerana anda tidak perlu membayar satu sen pun untuk mendaftar sebagai freelancer di sini, ini bermakna ianya percuma. Kedua terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang ditawarkan di laman ini, anda hanya perlu pilih saja kerja berdasarkan  kepakaran anda. Sebab ketiga, kerja secara online masanya fleksibel anda boleh dapatkan rehat yang cukup dan yang terakhir, bayaran yang diberikan agak lumayan kerana anda akan dibayar dalam dollar.

                Screen-Shot-2015-05-05-at-11.13.38-am.png

                     Categories
Okay, apa yang penting untuk anda sebelum mendaftar sebagai freelancer di Upwork ialah anda perlu ada PC dengan sambungan internet yang stabil ini bagi memudahkan anda untuk melakukan kerja. Kedua mestilah anda perlu ada email yang aktif bagi memudahkan client anda menghubungi anda. Ketiga ialah akaun Paypal, ini anda mesti ada bagi urusan untuk anda menerima bayaran selepas kerja diselesaikan. Yang Terakhir, skype id, ini sebenarnya tak wajib pun tapi mengikut pengalaman saya, sesetengah client memerlukan anda ada skype id bagi memudahkan mereka untuk menghubungi anda.
Jadi berminat nak mencuba nasib sebagai Freelancer ?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pemandangan di KMPk

Kelebihan makan buah sewaktu perut kosong

5 Lagu Patriotik Malaysia