Sebab Mata Berair Apabila Potong Bawang

Setiap daripada kita mesti pernah mengalami situasi dimana mata berair apabila potong bawang. Sekiranya jumlah bawang yang dipotong terlalu banyak  yang akan menagis bukan sahaja kita tetapi orang yang berhampiran pun akan turut menangis sekali.
664xauto-kini-tak-perlu-menangis-saat-kupas-bawang-150401z.jpg

Mata sering berair apabila seseorang memotong bawang

                         Jadi disebakan situasi ini mesti ada yang pernah tertanya-tanya kenapa mata kita boleh berair apabila memotong bawang? Jadi mari kita bongkarkan apa punca-puncanya.
Nama saintifik bagi Bawang besar ialah ‘Allium cepa’ dan tumbuhan ini mempunyai sejenis enzim yang dikenali sebagaialliiniase.  Enzim Alliiniase, kandungan air serta kompaun sulfur dalam bawang akan mula keluar apabila bawang besar dipotong. Enzim ini dan air akan bertindak balas dengan kompaun sulfur tersebut dan akan menghasilkan prekusor yang dikenali sebagai ‘1-propenyl sulfenic acid’. 1-propenyl sulfenic acid kemudiannya akan ditukarkan kepada propanethial S-oxide dan thiosulphate melalui dua tindak balas berbeza.
Propanethial S-oxide terhasil dengan kehadiran enzim ‘lachry-matory-factor synthase’. Manakala thiosulphate terjadi secara spontan. Thiosulphate merupakan kompaun yang bertanggungjawab dalam memberikan rasa kepada bawang. Manakala Propanethial S-oxide merupakan kompaun kimia yang boleh menyebabkan berlakunya situasi ‘mata berair seakan-akan menangis’. Apabila kompaun kimia ini masuk ke permukaan dalam mata (kornea), ia akan dikesan oleh sistem saraf seterusnya menjana respons dari kelenjar mata. Kesannya untuk mengatasi gangguan ini air mata dihasilkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pemandangan di KMPk

Kelebihan makan buah sewaktu perut kosong

5 Lagu Patriotik Malaysia